Muslim Sri Lanka Kagumi Karisma UMNO Pertahan Islam

Monday, October 18, 2010 ·

18-10-10


KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Kongres Muslim Sri Lanka mengagumi UMNO dalam mempertahankan pelbagai aspek perjuangan dan maruah Islam.

Ketua Pemudanya, A.M. Jameel memberitahu UMNO-Online, beliau melihat perjuangan UMNO konsisten sebagai sebuah parti politik dan tidak pernah bertolak ansur dengan mana-mana pihak demi memastikan akidah Islam dipertahankan.

Katanya, UMNO bersedia dan terus mempertahankan perjuangan berlandaskan cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama Islam dan kedaulatan negara.

Beliau yang melakukan kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn hari ini percaya bahawa kejelasan dalam matlamat dan hala tuju inilah yang memastikan UMNO terus teguh.

“Kami melihat bahawa UMNO mempunyai pemimpin yang berkarisma dan memelihara hubungan akrab dengan pemimpin komponen dalam kerajaan biarpun mempunyai perbezaan kaum dan agama,” katanya.

Tambahnya, konsep ini sememangnya mampu membawa kepada perpaduan yang kukuh serta persefahaman erat dengan kesejahteraan dan keamanan antara masyarakat dan ini seharusnya dijadikan sebagai satu teladan kepada negara-negara lain.

“Selaras ajaran Islam, UMNO tidak pernah menafikan kepentingan kaum lain dalam pentadbiran dan juga kedudukan sosial mereka dalam negara,” jelas beliau yang sentiasa mengikuti perjuangan parti ini dari luar.

– MediaUMNO

0 comments: