Sahabat FB Kembalikan Imej UMNO

Monday, October 18, 2010 ·

18-10-10


KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru orang ramai dan sahabat facebook UMNO untuk membantu parti bagi menaikkan semula imejnya dan mengajak masyarakat menghayati perjuangan UMNO .

Katanya, banyak pihak yang tidak sedar bahawa UMNO banyak melakukan usaha untuk kemajuan dan pembangunan dalam negara.

“Malangnya sejak kebelakangan ini UMNO dikutuk dan dikata (pembangkang) sehinggakan ibaratnya parti tersebut langsung tidak berguna dan diletakkan di tempat yang rendah. Ia digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam majlis berbuka puasa sahabat facebook UMNO bersama anak-anak yatim Darul Kifayahdan Baitul Sakinah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kita tidak meminta apa-apa dari masyarakat selain daripada pengiktirafan terhadap apa yang telah dilakukan oleh parti selama ini, dan percayalah kalau UMNO tidak ditubuhkan pada 1964 itu, kita tidak tahu di pinggir mana kedudukan orang Melayu sekarang,” katanya.

Tengku Adnan turut meminta sahabat facebook UMNO yang sering berkomunikasi di laman siber supaya memperkenalkan parti tersebut, khususnya kepada generasi muda, di samping menarik lebih ramai golongan itu mendekatkan diri dengan kepada perjuangan sebenar UMNO.

Dalam majlis tersebut juga, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim seramai 100 orang.

Tengku Adnan berkata semua sahabat UMNO dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan untuk kebaikan parti.

“Walaupun UMNO telah lama ditubuhkan, tetapi kita bukanlah sempurna. Sekiranya ada cadangan dan pandangan boleh dikemukakan supaya perjalanan parti ini lebih
baik,” jelasnya.

Kira-kira 500 sahabat facebook UMNO hadir dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abd Rauf Yusof.

Ruang facebook UMNO yang wujud sejak 8 Januari lalu mempunyai seramai 4,513 sahabat dan 3,836 peminat.

– MediaUMNO

0 comments: