Forum Antarabangsa UMNO Satu Petanda Baik – Dr Mahathir

Monday, October 18, 2010 ·

18-10-10

KUALA LUMPUR 18 Okt – Kejayaan UMNO menganjurkan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 mendapat pujian daripada bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucaptamanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah suatu petanda baik kepada UMNO kerana berjaya mengumpul wakil pelbagai parti dari luar negara di suatu tempat bagi membincangkan suatu topik berhubung keadaan politik masa kini.

Forum Antarabangsa UMNOI mengenai “Pembentukan Warga Global : Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik” di hadir kira 500 peserta dari dalam dan luar negara merangkumi wakil-wakil parti, penganalisis politik dan badan bukan kerajaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana menjemput saya untuk berucap di forum pertama yang dianjurkan oleh UMNO buat julung kalinya sesuatu yang tidak pernah berlaku ketika pada zaman saya atau sebelumnya.

“Ini adalah suatu petanda baik tetapi untuk saya sebagai speaker menjadi saya dalam keadaan sukar berikutan saya kini berada di kedua-dua pihak iaitu di luar dan di dalam, bila kita melihat dari dalam kita akan lihat sesuatu yang berbeza ketika di luar,” katanya ketika menyampaikan ucaptamanya.

Menurutnya, tajuk yang diperbincangkan dalam forum ini adalah suatu yang kerana membabitkan mengenai pembentukan warga global serta meliberasasikan media dalam suasana realiti baru politik dunia.

Dr Mahathir berkata dalam memperkatakan mengenai pembentukan warga global bahawa perkara itu tidak hanya haru berlaku dalam kelompok tertentu sebalik perlu dilakukan pada semua tanpa mengira kedudukan negara terbabit.

‘Dalam merealisasikan warga global perkara itu seharusnya tiada sekatan atau sempadan yang dihadkan, mereka harus menjadi warga global yang sebenar dan bukanya hanya setakat memperkatakan sahaja,” katanya..

Menurutnya, idea mengenai globalisasi ini datangnya kerana kelebihan teknologi, di mana manusia boleh berhubung di mana sahaja mereka berada dan boleh juga melihat visual masing-masing tanpa mengira waktu dan tempat.

Beliau berharap apa yang dilakukan ini boleh memberi manfaat kepada mereka yang hadir terutama di kalangan negara-negara membangun.

MediaUMNO.

0 comments: