Henti bahas hak Melayu – PM

Sunday, October 24, 2010 · 0 comments

24-10-10

Oleh RAMLI ABDUL KARIM dan ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Presiden UMNO, seperti yang ditegaskan beliau baru-baru ini, soal hak istimewa Melayu dan bumiputera adalah sesuatu yang telah terpateri dan terkunci kemas dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak mungkin dipinda.

“Itulah sebenarnya hakikatnya. Peruntukan-peruntukan mengenai kepentingan orang Melayu dan bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita.

“Ia tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan raja-raja Melayu dan saya tak nampak raja-raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.

“Soal Perlembagaan ini tak usah bangkit pada sesiapa lagi. Habis, tutup cerita, kita mara ke depan, orang putih kata lets move on. Tak ada apa lagi, dah... dah... dah, habis cerita, tutup buku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan ketika sesi penangguhan Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam ucapan dasar Presiden sewaktu merasmikan perhimpunan agung itu Khamis lalu, Perdana Menteri menegaskan, hak istimewa Melayu yang dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan tidak boleh digugat kerana ia tidak mungkin dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara 153 antara lain mencakupi rezab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

Dalam pada itu, Najib menyelar parti pembangkang yang memusingkan ucapan dasarnya berkaitan hak istimewa orang Melayu itu dengan kenyataan bahawa UMNO tidak perlu berkuasa kerana kononnya pihak lain pun boleh mempertahankan keistimewaan itu disebabkan ia sudah ada dalam Perlembagaan.

Menurutnya, pandangan pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana walaupun ia sudah terkunci kemas, namun kuasa politik perlu berada di tangan UMNO untuk menterjemah prinsip semangat peruntukan Perlembagaan itu.

“Kumpulan yang di sebelah sana, dia pakar pusing, orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dalam ucapan saya (ucapan dasar), saya tutup dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan (hak istimewa Melayu).

“Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kepalsuan untuk mengelirukan rakyat jelata.

“Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain (hendak pertahankan), nak kata dia (pembangkang) boleh... dulu sibuk reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi,” tegasnya.

Sementara itu, Najib pada sidang akhbar kemudian berkata, seandainya isu Perlembagaan masih dibangkitkan oleh pihak tertentu, ia akan hanya bersifat akademik.

“Ia tidak akan mengubah setitik pun. Kita memang ada undang-undang tapi kita akan tengok macam mana ia dibangkitkan, sama ada ia melanggar undang-undang atau (berbentuk) hasutan.

“Tapi, mereka patut faham kalau persoalkan, ia hanya bersifat akademik, buang masa dan `habiskan beras’ sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, parti-parti komponen BN sudah memberi persetujuan supaya perkara-perkara yang bersabit dengan Perlembagaan tidak perlu lagi dibangkitkan oleh sesiapa.

www.utusan.com.my

Pemilihan 2011 belum diputuskan

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - UMNO belum membuat keputusan sama ada mahu menerus atau menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun depan. ''Kita belum putuskan lagi,'' kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar hari terakhir Perhimpunan Agung ke-61 di sini hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti sudah bersedia melakukan pemilihan bagi menentukan kepemimpinannya tahun depan selaras dengan pindaan perlembagaan yang dilakukan Oktober tahun lalu.

Sementara itu, beliau berkata, Barisan Nasional (BN) tetap yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi walaupun Parti Maju Sabah (SAPP) meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pada pilihan raya kecil 4 November depan.

Najib berkata, BN bersedia berdepan dengan siapa sahaja calon lawan untuk memastikan kerusi tersebut dipertahankan.

"Semua orang bebas menjadi calon, biarlah dia masuk, kita akan berdepan dengan dia.

"BN masih yakin kita boleh menguasai sebahagian besar daripada pengundi di Batu Sapi," katanya.

www.utusan.com.my

· 0 comments

Tujuh nilai transformasi UMNO

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat supaya berhenti "menjadi kaki hantuk, batu ronson (batu api) dan jawatankuasa mandi" bagi menyelesaikan masalah dalam parti.

Tindakan di bawah tajuk 'UMNO Menuju Sifar Masalah' itu digariskan sebagai satu daripada tujuh perkara yang perlu dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti tersebut untuk melakukan transformasi dalam parti tersebut.

"Saya mintalah, bantulah, cari penyelesaian, yang kaki hantuk tu, kaki batu 'ronson', ada jawatankuasa mandi, apa semua ni? Cukup, tak usah buat kerja ini lagi.

"Menjelang PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) ini, kita concentrate (tumpukan) menang! Kuatkan UMNO peringkat bahagian," katanya dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO pada akhir perhimpunan parti itu yang ke-61 di sini hari ini.

Selain itu, enam perkara lain yang digariskan Najib hasil rangkuman intipati ucapan beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta perwakilan sepanjang perhimpunan adalah:

* Menjaga maruah dan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri.

* Bertindak bukan dalam kumpulan tetapi sebagai satu pasukan.

* Memahami pemikiran, hati dan jiwa rakyat.

* Menjadi juara media baru.

* Memenangi sokongan empat juta pengundi baru.

* Mendahulukan rakyat!

Najib berkata, tema yang paling sesuai untuk model transformasi politik UMNO adalah 'mendahulukan rakyat.'

Beliau turut mengaitkan kesediaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi laluan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) di Galas, dengan elemen pertama transformasi parti.

Menurutnya, elemen itu akan menentukan bahawa maruah dan kepentingan parti lebih penting daripada maruah dan kepentingan diri.

"Apabila kita ambil keputusan lantik Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya DUN Galas, Tok Pa jadi timbalan kepada Tengku Razaleigh kerana apa? Kerana dia nak menang.

"Maknanya bukan soal maruah diri, bukan soal status diri, bukan soal kepentingan diri tapi diutamakan parti mesti menang," tegasnya.

Beliau menegaskan transformasi itu mesti dilaksanakan di semua peringkat kerana ia amat perlu untuk memperkuatkan parti khususnya bagi memenangi pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri berkata, proses transformasi parti itu sebenarnya sudah bermula pada perhimpunan tahun lepas apabila pindaan perlembagaan dibuat bagi membolehkan pemilihan untuk jawatan Majlis Tertinggi ditentukan kira-kira 140,000 ahli.

"Dulu ada kuota, (dapat) 58 bahagian baru layak calon presiden. Saya betul-betul menyerah nasib kepada perwakilan.

"Ini UMNO, kita beri kepercayaan kepada ahli, ahli tentukan siapa yang boleh buat kerja, UMNO nak pemimpin yang boleh berbakti kepada negara dan rakyat," katanya.

Menurutnya, kesemua perkara yang digariskan itu bukan sesuatu yang baru sebaliknya adalah asas perjuangan parti yang disebut semula dalam bentuk cadangan oleh perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan kali ini.

Najib berkata, apa yang penting kini ialah rakyat mesti didahulukan dan kepimpinan UMNO mesti sentiasa dekat di hati rakyat dalam apa juga tindakan.

www.utusan.com.my

Pemimpin peringkat tertentu akan diubah - Najib

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat perubahan pada kepimpinan UMNO di peringkat tertentu dalam masa terdekat, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Presiden UMNO berkata, beliau akan berunding dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga Naib Presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, bagi merangka formula terbaik melengkapkan persiapan itu.

"Saya akan buat perubahan pada kepimpinan UMNO di peringkat tertentu, semoga dengan susunan yang akan datang ini, akan lengkaplah persiapan kita," katanya dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib tidak menolak kemungkinan perubahan itu akan turut melibatkan pimpinan peringkat negeri.

''Semua kemungkinan boleh tetapi yang pasti ia akan mengikut keadaan. Saya akan maklumkan apabila sampai masanya,'' katanya.

Tempoh mandat Parlimen sekarang akan berakhir menjelang pertengahan 2013.

Ditanya sama ada rancangannya untuk 'turun padang' ke seluruh negara mulai tahun depan merupakan petunjuk PRU-13 semakin hampir, Perdana Menteri berkata, ia boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut.

''Namun yang paling penting, tujuan saya dan Muhyiddin untuk turun ke negeri-negeri hanyalah untuk bertemu rakyat setempat. Kita akan jelajah semua negeri dan tidak satu pun akan terkecuali,'' katanya.

Menurutnya, sejak setahun lalu tumpuan diberikan kepada usaha membangunkan negara dan rakyat, apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan masalah ekonomi yang serius.

''Setelah pemulihan ekonomi sudah mantap dan pelan transformasi telah pun kita rumuskan dengan begitu teliti, Insya-Allah Isnin ini akan ada pengumuman besar itu yang bererti segala perancangan sudah sedia untuk dilaksanakan.

''Oleh itu tumpuan saya selepas ini ialah rakyat di negeri-negeri,'' katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib mengarahkan para pemimpin UMNO di negeri-negeri membuat persediaan rapi untuk program 'turun padang' beliau dan Muhyiddin, malah mencabar mereka memastikan ia mendapat sambutan baik.

www.utusan.com.my

Pemimpin peringkat tertentu akan diubah - Najib

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat perubahan pada kepimpinan UMNO di peringkat tertentu dalam masa terdekat, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Presiden UMNO berkata, beliau akan berunding dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga Naib Presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, bagi merangka formula terbaik melengkapkan persiapan itu.

"Saya akan buat perubahan pada kepimpinan UMNO di peringkat tertentu, semoga dengan susunan yang akan datang ini, akan lengkaplah persiapan kita," katanya dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib tidak menolak kemungkinan perubahan itu akan turut melibatkan pimpinan peringkat negeri.

''Semua kemungkinan boleh tetapi yang pasti ia akan mengikut keadaan. Saya akan maklumkan apabila sampai masanya,'' katanya.

Tempoh mandat Parlimen sekarang akan berakhir menjelang pertengahan 2013.

Ditanya sama ada rancangannya untuk 'turun padang' ke seluruh negara mulai tahun depan merupakan petunjuk PRU-13 semakin hampir, Perdana Menteri berkata, ia boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut.

''Namun yang paling penting, tujuan saya dan Muhyiddin untuk turun ke negeri-negeri hanyalah untuk bertemu rakyat setempat. Kita akan jelajah semua negeri dan tidak satu pun akan terkecuali,'' katanya.

Menurutnya, sejak setahun lalu tumpuan diberikan kepada usaha membangunkan negara dan rakyat, apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan masalah ekonomi yang serius.

''Setelah pemulihan ekonomi sudah mantap dan pelan transformasi telah pun kita rumuskan dengan begitu teliti, Insya-Allah Isnin ini akan ada pengumuman besar itu yang bererti segala perancangan sudah sedia untuk dilaksanakan.

''Oleh itu tumpuan saya selepas ini ialah rakyat di negeri-negeri,'' katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib mengarahkan para pemimpin UMNO di negeri-negeri membuat persediaan rapi untuk program 'turun padang' beliau dan Muhyiddin, malah mencabar mereka memastikan ia mendapat sambutan baik.

www.utusan.com.my

Najib turun ke negeri-negeri rapatkan lagi hubungan

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin UMNO dan rakyat di seluruh negara mulai tahun depan dilihat sebagai langkah yang dapat merapatkan lagi hubungan pemimpin dengan rakyat.

Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu juga akan dapat mengukuhkan lagi keyakinan rakyat kepada kerajaan dan parti.

"Itu cukup baiklah (pengumuman akan turun ke negeri-negeri), patutnya ada perhubungan yang rapat dengan pemimpin dengan rakyat," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Najib untuk turun ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat dan pemimpin serta ahli UMNO mulai tahun depan.

Dalam ucapan penggulungan pada perhimpunan itu, Najib turut meminta UMNO di negeri-negeri mengadakan persiapan untuk program pertemuan tersebut sebagai antara pendekatan turun padang bersama dengan rakyat.

Sementara itu, Dr. Mahathir berharap transformasi politik UMNO dapat dilaksanakan dengan cara yang tegas seperti mana yang telah dinyatakan oleh Najib.

"Saya ingat ia perubahan baik, saya harap dapat dilaksanakan dengan cara tegas," ujarnya.

Pada masa yang sama, Dr. Mahathir turut mengakui ucapan penggulungan Najib mampu membangkitkan semula semangat UMNO yang terdahulu.

Katanya, penegasan Najib berhubung soal peruntukan Perlembagaan Persekutuan juga dilihat dapat mengelakkan kekeliruan rakyat.

www.utusan.com.my

Subjek Sejarah wajib lulus SPM

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

‘‘Selaras dengan pandangan yang telah dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus.

‘‘Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, ia adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar tetapi tidak wajib lulus,’’ katanya ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menurut Muhyiddin, 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah itu berikutan kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), maka mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014.

‘‘Seperti yang telah dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah pada masa ini elemen sejarah hanya diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan,’’ katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan langkah menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah akan dimulakan pada 2014 iaitu dua tahun lebih awal daripada tarikh asal ditetapkan.

‘‘Kita akan mulakan lebih awal kerana ada tuntutan daripada perwakilan UMNO supaya ia disegerakan tetapi kita perlu ada tempoh masa untuk menyiapkan usaha bagi melatih semula guru dan sebagainya,” katanya.

Mengenai langkah meningkatkan jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan teknik dan vokasional, beliau berkata, peruntukan pembangunan sebanyak RM340 juta untuk tujuan itu di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) adalah tidak mencukupi dan akan ditambah pada masa depan.

Selain itu juga, katanya, kerajaan akan menambah dua sekolah menengah pendidikan vokasional khusus untuk pelajar kurang upaya pendengaran, penglihatan dan yang menghadapi masalah pembelajaran.

Tambah beliau, kerajaan juga akan meneliti saranan Pergerakan Wanita UMNO ketika perhimpunan itu supaya kerajaan mengkaji semula keseluruhan sistem pendidikan negara.

‘‘Saya bersetuju bahawa sudah sampai masanya satu laporan baru dikeluarkan tentang cara kita menambah baik sistem pendidikan negara pada masa akan datang,’’ katanya.

www.utusan.com.my

UMNO perlu berani atasi kelemahan

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - UMNO perlu ada keberanian untuk mengatasi kelemahan-kelemahannya kerana ia sering menjadi sasaran dan tumpuan masyarakat yang menilai tentang apa yang dilakukan oleh parti tersebut selama ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut perlu dilakukan kerana masih ada ungkapan-ungkapan yang menunjukkan seolah-olah rakyat tidak berpuas hati dengan inisiatif yang dilakukan parti berkenaan dari semasa ke semasa.

Selain itu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Muhyiddin juga turut menggesa ahli-ahli UMNO bermuhasabah.

''Ini supaya segala tindakan yang dilakukan dan dijalankan adalah berdasarkan keikhlasan, dan tutur kata yang dilafazkan adalah benar bagi meningkatkan kepercayaan rakyat kepada parti,'' katanya.

Beliau juga menggesa, ahli-ahli UMNO meningkatkan kerjasama di kalangan mereka supaya proses transformasi politik dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Inisiatif untuk melakukan transformasi itu, kata beliau merupakan langkah penting yang tidak boleh diabaikan kerana mahu atau tidak mahu, UMNO tetap akan berdepan dengan rakyat jelata yang akan menilai dan membuat keputusan dalam menentukan nasib parti tersebut pada pilihan raya akan datang.

"Masa yang ada di hadapan kita tidak banyak lagi, saya kurang pasti bila presiden parti nak umum tarikh pilihan raya, tetapi kalau pun tidak diumumkan pasti kita tahu tinggal beberapa bulan sahaja lagi ke hadapan," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, soal transformasi politik perlu dijayakan seperti mana yang ditekankan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tiga fasa pemulihan termasuk memulakan gerak kerja.

"Pentingnya memulakan gerak kerja, saya percaya sebahagian besar yang ada di sini sudah memulakan gerak kerja masing-masing, di peringkat cawangan, bahagian, pelbagai aktiviti di kalangan pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri, sudah pun menyemarakkan parti kita di peringkat akar umbi. Ini penting kita harus lipat gandakan usaha ini," katanya.

Beliau turut menggariskan dua perkara penting yang dicapai sepanjang perhimpunan agung UMNO selama tiga hari itu berlangsung.

''Pertama, UMNO sentiasa serius dalam membicarakan hal-hal memperkasa bangsa Melayu dan pada masa yang sama menjamin keadilan kepada semua kaum dalam negara.

"Kedua, dalam membicarakan hal-hal penting ini, UMNO sentiasa mengambil kira pandangan akar umbi yang mewakili suara hati rakyat, yang menyerlahkan sifat UMNO sebagai parti yang bukan saja demokratik tetapi juga parti yang sentiasa relevan, yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara dan rakyat jelata," katanya.

Beliau berkata, perhimpunan berkenaan juga memaparkan suara hati ahli-ahli UMNO yang mempertegaskan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang Melayu.

''Ahli-ahli mahukan parti tersebut terus istiqamah dalam mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai Agama Persekutuan, dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Itu disebut dengan begitu jelas dan kita semua merasa bersyukur dengan ketegasan itu, seharusnya tidak ada lagi pihak yang mengungkitkan perkara-perkara yang kita putuskan dalam Perlembagaan negara," katanya.

www.utusan.com.my

Jangan jadi Abu Jahal, Abu Lahab - Zahid Hamidi

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Ahli UMNO diingatkan supaya tidak menjadi golongan seperti Abu Jahal dan Abu Lahab yang walaupun sebangsa dengan Nabi Muhammad SAW tetapi menolak sirah perjuangan Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu, seluruh ahli parti itu mencontohi semangat perjuangan Abu Bakar As-Siddiq yang taat dan sanggup mempertaruh jiwa serta raga demi panji perjuangan agama dan bangsa.

"Hari ini golongan seperti Abu Lahab dan Abu Jahal wujud di kalangan kita, wujud di kalangan masyarakat Melayu, tetapi kita mesti pastikan golongan seperti ini tidak wujud dalam UMNO kerana ia akan melemahkan perjuangan parti.

"Semua sifat mulia yang ada pada Abu Bakar serta sifat keji pada Abu Lahab dan Abu Jahal perlu dijadikan tauladan jika benar kita ingin berjuang demi bangsa, agama dan negara," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, seluruh ahli UMNO juga perlu mengambil iktibar daripada perwatakan serta sikap Abu Suffian, Abu Hurairah dan Abu Talib jika mahu parti itu sentiasa mendapat sokongan rakyat.

Mengulas lanjut mengenai perjuangan Abu Bakar, beliau yang juga Pengerusi Biro Latihan berkata, parti itu akan mempergiatkan lagi sesi latihan untuk memastikan setiap ahli UMNO mempunyai roh perjuangan seperti khalifah agung Islam tersebut.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 189 kursus orientasi perdana sudah dilaksanakan sejak Oktober tahun lalu melibatkan seramai 24,244 ahli di semua peringkat termasuk pucuk pimpinan dan anggota sayap parti.

"Demi menyuburkan lagi roh perjuangan UMNO, Presiden sendiri mengarahkan seluruh kepimpinan UMNO di 20,342 cawangan juga perlu mengikuti kursus yang sama yang akan kita gerakkan dalam masa terdekat," jelasnya.

Mengenai kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang yang kian tertindas, beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, segala kekuatan serta gerak kerja akan digembleng bagi merampas kembali negeri itu daripada DAP.

Katanya, UMNO akan berkerjasama dengan semua parti komponen bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mengulangi kejayaan seperti yang dinikmati pada pilihan raya umum 2004.

"Tiada cara lain untuk kita membela Melayu Pulau Pinang kecuali BN kembali memerintah. Ini kerana Lim Guan Eng mempunyai agenda tersembunyi apabila menaikkan kadar cukai pintu, menaikkan kadar bayaran air, meroboh gerai-gerai milik orang Melayu dan banyak lagi," katanya.

www.utusan.com.my/

Najib peka dalam diam - Hishammuddin

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Dalam kesungguhan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan pelan transformasi kerajaan dan ekonomi, ramai yang tidak sedar dalam diam-diam beliau memerhati dengan penuh kesabaran tentang keadaan di dalam parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemerhatian itu mencakupi aspek siapa yang melatah, angkuh, mengambil kesempatan dan mereka yang hendak menjadi jaguh.

Dalam parti komponen pula katanya, beliau memerhati mereka yang suka mengambil jalan mudah dan parti komponen yang tidak setia dan bersikap cauvinis.

"Beliau juga melihat kelakuan pembangkang yang sanggup menipu rakyat, meninggalkan prinsip, menggadaikan negara dan sanggup mengorbankan agama semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

"Apa yang lebih menjijikkan ada yang tergamak dan membuat ahli-ahli UMNO berasa berang kerana serangan-serangan itu dilakukan oleh saudara seagama serta sebangsa dan musang berbulu ayam, sedangkan musang-musang inilah yang telah tidur dan gemuk dalam rumah UMNO," katanya sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, dalam tempoh muhasabah serta susah selama 18 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, UMNO dapat mengenal kawan sebenar, siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang setia.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga Najib tetap menghayati pelbagai kerisauan dan andaian tentang bagaimana kepimpinan parti akan menentukan hala tuju perjuangan.

Beliau berkata, persoalan yang timbul adalah adakah UMNO terus mempertahankan landasan perjuangan asal dan bentuk serta pengisian perubahan yang ingin dibawa.

"Akhirnya Presiden memilih Perhimpunan UMNO untuk menyatakan dan menegaskan bahawa perjuangan pokok UMNO adalah konsisten, dulu, kini dan insya-Allah selama-lamanya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyeru seluruh ahli UMNO berjanji pada diri sendiri dan Allah bahawa perjuangan mereka adalah untuk menyahut seruan agama, bangsa dan negara.

Katanya, ia kerana tiada yang lebih pilu daripada melihat anak bangsa melarat dan menderita dan tiada yang lebih sayu daripada melihat bangsa dan umatnya menjadi hamba di tanah air sendiri.

"Kerana kita tahu, luka UMNO cederalah Melayu, hancur UMNO berderailah Melayu, pecah UMNO berkecailah Melayu dan mati UMNO berkuburlah Melayu," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin menegaskan, perjuangan UMNO turut mencakupi aspek keamanan, kestabilan dan kemakmuran semua rakyat Malaysia agar agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan licin tanpa sebarang gangguan.

www.utusan.com.my/

Tingkatkan jumlah pendaftaran pemilih - Shafie

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu memberi keutamaan kepada usaha menambah ahli baru, meningkatkan jumlah pendaftaran pemilih dan menjamin ahli keluar mengundi untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha memperbaiki kelemahan dalam ketiga-tiga aspek itu masih belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Beliau yang bimbang dengan keadaan itu berkata, gerakan pendaftaran pemilih baru yang dijalankan sejak berakhirnya pilihan raya umum lalu gagal menyaingi usaha pakatan pembangkang.

Menurutnya, berdasarkan rekod antara Januari hingga Jun lalu, jumlah pendaftaran pemilih baru oleh BN dan UMNO didapati jauh ketinggalan berbanding pakatan pembangkang khususnya di negeri yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Melayu yang tinggi seperti di Pulau Pinang.

''Dalam tempoh enam bulan tahun ini jumlah pemilih baru yang berjaya didaftarkan oleh UMNO di negeri itu adalah 3,005 orang dan setelah ditambah dengan pendaftaran yang dibuat oleh MCA dan Gerakan jumlah keseluruhannya hanya 6,266 orang.

''Berbanding DAP, parti itu berjaya membuat pendaftaran pemilih baru seramai 20,274 orang dan setelah dikira dengan usaha yang dibuat oleh parti pembangkang lain jumlahnya mencecah 22,195 orang. Jelas di negeri yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Melayu jurangnya berkali-kali ganda,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Ahli berkata, di Johor yang diketahui sebagai kubu kuat UMNO, parti hanya berupaya mendaftarkan 13,125 orang pemilih baru dan apabila dirangkum dengan parti komponen BN yang lain hanya berjaya mendaftarkan 14,768 orang.

www.utusan.com.my/

Pergerakan stabil, bersatu

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Wanita UMNO berjanji menjadikan pergerakan itu stabil, bersatu, berdisiplin, setia dan mempunyai arah tuju jelas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia adalah hadiah 'teristimewa' pergerakan itu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO keseluruhannya.

"Yang Amat Berhormat jangan risau, lapangkan dada, teruskan memimpin kerajaan, mengilhamkan pelbagai inovasi dan rancangan yang kreatif untuk membawa Malaysia ke puncak persada antarabangsa," katanya semasa menggulung hujah bagi Pergerakan Wanita pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Menurutnya, pergerakan tersebut turut akan menerapkan nilai-nilai kemuliaan dalam perjuangan yang menjadi intipati perjuangan asal politik Melayu iaitu kewajipan, tanggungjawab dan khidmat kepada rakyat.

Katanya, nasib kerajaan bergantung kepada nasib rakyat.

Justeru, Wanita UMNO selaku pemimpin, ibu, isteri dan pendidik berikrar akan menentukan kerja-kerja tradisi pergerakan itu dijalankan dengan penuh amanah, sistematik dan berhemah serta profesional.

Beliau berkata, pergerakan tersebut akan keluar dari zon selesa dengan disiplin dan strategik, mengembangkan sayap kepada kumpulan sasar terutamanya pengundi.

"Mengambil iktibar daripada amanat Presiden UMNO, kita akan serang dan gempur semua kawasan termasuk kawasan pembangkang tanpa rasa gerun dan bersama-sama dengan rakan seperjuangan parti komponen. Sentuhan ikhlas kerja-kerja kebajikan dan mulia mestilah dirasai oleh rakyat di bawah payung 1Malaysia," katanya.

Shahrizat berkata, berkat sokongan golongan lelaki, wanita kini telah mengalami banyak perubahan besar serta kemajuan yang luar biasa, terutamanya dalam bidang pembangunan wanita dan keluarga.

"Wanita UMNO terus kekal menjadi tonggak parti dan negara, kandungkan saka, lahirkan baka, bangunkan keluarga, didik anak bangsa, jaga rumah tangga, kembangkan nilai agama. Walaupun naluri Wanita UMNO selembut sutera, tetapi semangat kita tetap waja," tegasnya.

Beliau berkata, Wanita UMNO juga sentiasa berpegang kepada tradisi terbaik iaitu kebijaksanaan harus melebihi segala-galanya dan kesederhanaan menjadi tangkal panduan.

Menurutnya, Wanita UMNO akan membuktikan pada dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah tidak lama lagi serta Pilihan Raya Umum ke-13 bahawa pergerakan itu akan terus ke hadapan berjuang mendapatkan sokongan pengundi dan rakyat.

www.utusan.com.my/

UMNO perlu jadi penggerak transformasi

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - UMNO tidak boleh sekadar menjadi pelengkap kepada kerajaan tetapi sebaliknya perlu bertindak aktif menjadi nadi penggerak usaha transformasi kerajaan.

Sehubungan itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya ditubuhkan institusi pemikiran UMNO atau think tank bagi menangani serangan minda dan idea yang diprovokasi oleh pembangkang.

Menurut beliau, pasukan pemikir itu boleh digabungkan di kalangan anak-anak muda, pemimpin berkaliber dan tenaga pakar bertaraf profesor daripada universiti untuk mencambah idea terbaik.

"Harap dapat dipertimbangkan penubuhannya, ia sebagai titik sentuh yang bergerak dan berfungsi secara aktif dengan rakyat bagi diangkat hasilnya kepada parti.

"Melaluinya, UMNO akan terus terlekat rapat kepada rakyat. Akhirnya dividen politik itu akan kembali semula kepada UMNO bukannya kepada pihak lain," katanya semasa menggulung perbahasan di sini hari ini.

Khairy seterusnya mengingatkan para perwakilan tentang ingatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak terlalu obses dengan hak-hak dan keistimewaan Melayu, dengan meminta semua pihak menginsafinya.

Sebaliknya, tegas beliau, Melayu perlu mencari kunci kejayaan bagaimana untuk memartabatkan bangsa supaya mampu bersaing di peringkat dunia.

"Allahyarham Tun Razak dalam Dasar Ekonomi Baru menyasarkan pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus tetapi masih tidak tercapai sehingga kini, matlamat kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tidak bermakna jika ia masih gagal dicapai.

"Biarlah dalam tempoh anakandanya, Najib menjadi Perdana Menteri, sasaran itu akan mencecah ke garisan penamat menjelang 2020, sama-samalah kita berjuang dan tidak terlalu bergantung pada tongkat," katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digelarnya saudagar mimpi, supaya jangan sesekali berani mengusik tiang seri negara demi agenda peribadinya.

Katanya, rakyat terutama pengundi muda telah menyedari muslihatnya dan mula kembali kepada perjuangan ikhlas UMNO dan BN.

"Pakatan pembangkang ini seperti 'Cerberus', iaitu raksasa hodoh berkepala tiga daripada hikayat klasik Rom yang mahukan tiga perkara yang berbeza antara satu sama lain.

"Pertama mahukan negara Islam, kedua mahukan negara sama rata, sama rasa dan yang terakhir mahukan negara depan, belakang sama rata," katanya.

www.utusan.com.my/

Waspada dakyah pembangkang

· 0 comments

24-10-10

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Orang Melayu perlu berwaspada dengan dakyah songsang pemimpin pembangkang yang sanggup memperdaya rakyat dengan memanipulasi hukum-hakam agama demi kepentingan politik sempit mereka.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keadaan tersebut sedang berleluasa dalam masyarakat Islam di negara ini sehingga mencetuskan perpecahan di kalangan orang Melayu.

Menurutnya, amalan sedemikian seharusnya ditolak disebabkan ia terpesong daripada syarak kerana 'menjatuhkan hukum' berdasarkan persepsi sendiri.

"Waktu tertentu dia kata boleh, waktu tertentu dia kata tidak boleh. Waktu tertentu dia kata haram, waktu tertentu dia kata halal.

"Sikap seperti ini sedang berjalan hingga peristiwa kafir-mengkafir dan sebagainya berlaku dalam umat Islam di Malaysia hari ini," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.

Menurutnya, senario itu sama seperti apa yang berlaku semasa Perang Karbala pada tahun 61 Hijrah apabila anak Khalifah Sayidina Ali yang juga cucu Nabi Muhammad SAW terbunuh disebabkan persepsi sendiri oleh pihak tertentu.

Justeru, tegas beliau, UMNO bertekad mempertahankan perjuangan demi kesepaduan umat Islam kerana parti itu berada pada landasan agama yang sebenar.

"Kita akan teruskan perjuangan, hati kita tetap terbuka dan beriman. UMNO tidak pernah menutup pintunya kepada sesiapa pun yang ingin sama-sama menegakkan Islam," tegasnya.

Jamil Khir memberitahu, sekiranya berlaku sebarang kemusykilan berkaitan agama, orang Islam seeloknya merujuk kepada para mufti yang boleh merungkai permasalahan dengan menggunakan pendekatan berhemah dan pemikiran bijaksana.

"Yakinlah kepada 14 mufti di seluruh negara yang sentiasa mendokong hasrat dan dasar kerajaan," katanya.

www.utusan.com.my/

Elak dilanda ‘sindrom bisu’

· 0 comments

24-10-10


Para perwakilan mendengar ucapan penggulungan Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Institusi agama perlu bijak dalam menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti politik pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda ‘sindrom bisu’.

Wakil Perak, Datuk Rosli Husin, bimbang jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.

Dalam hubungan ini, katanya, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

“Sejak kebelakangan ini, teguran-teguran dan nasihat lebih banyak datang dari pentas politik berbanding Majlis Fatwa atau Majlis Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Contohnya, isu tazkirah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita bukan Islam dari DAP, isu duit sumbangan dari wang judi lumba kuda kepada umat Islam di Pulau Pinang dan isu khatib mendoakan kesejahteraan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang berucap membentangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini hari ini.

Rosli berkata, Jabatan Hal Ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga perlu dinaik taraf kepada sebuah kementerian penuh supaya segala urusan yang berkaitan soal Islam dapat dipantau dengan lebih dekat.

“Tindakan drastik tentunya dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutama berkaitan akidah, ajaran sesat, kes tukar agama, pembuangan bayi, anak luar nikah dan sebagainya.

“Malah, ia juga dapat mengelakkan daripada pandangan yang berbeza dan bercanggah tentang sesuatu isu yang berbangkit, akhirnya kita akan dapati kesucian dan kedaulatan Islam itu dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan mudah masyarakat Islam,” ujarnya.

www.utusan.com.my/

Nik Aziz, Karpal dicabar nyata pendirian

· 0 comments

24-10-2010

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi dicabar menyatakan pendirian berhubung gagasan penubuhan negara Islam yang dicita-citakan oleh Pas.

Wakil Puteri UMNO, Idamoerni Zakaria ketika melemparkan cabaran itu berkata, satu ketika dahulu Pas pernah menganggap UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, namun sekarang parti itu sanggup mengkafirkan diri sendiri apabila bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini jelas terbukti Pas sanggup menggadaikan diri semata-mata mengejar kepentingan politik dan kuasa. Oleh itu, saya cabar Nik Aziz, saya cabar Karpal untuk menyatakan pendirian mengenai penubuhan negara Islam itu.

"Berbeza dengan UMNO, dari dulu hingga sekarang, tetap konsisten dengan perjuangan agenda bangsa dan Islam. Apa yang berubah hanya pendekatan, disesuaikan setimpal dengan peredaran zaman serta kehendak semasa," katanya.

Beliau berucap menyokong usul agama dan pendidikan yang dibentangkan oleh wakil Perak, Datuk Rosli Husin pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut, Idamoerni yang juga Exco Puteri UMNO berkata, UMNO dari dulu hingga kini menitikberatkan kesederhanaan dalam memimpin, dipimpin serta bekerja.

Jelasnya, ketika Islam dipersenda menerusi karikatur Nabi Muhammad SAW, pemimpin UMNO membantah tindakan tersebut selain menyelamatkan ramai gadis yang dilarikan ke Lombok, Indonesia dan bertungkus lumus mententeramkan keadaan ketika kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) berkempen memburukkan Malaysia.

"Ketika itu di mana pembangkang? Apakah mereka hanya menunggu saat dan ketika untuk menguar-uarkan kegagalan kita dalam Harakah, Malaysiakini dan sebagainya? Inilah dia tindakan orang pengecut, penakut dan bacul," tegasnya.

Mengenai usul pendidikan, beliau berkata, usaha kerajaan melalui penubuhan Talent Corp. harus dijadikan aset menguruskan golongan pekerja berkepakaran tinggi serta memanggil kembali rakyat tempatan yang berkhidmat di luar negara.

"Kerajaan harus memastikan adanya sistem sokongan seperti insentif menarik dan pekerjaan yang menggunakan sepenuhnya kepakaran mereka.

"Jangan hanya guna isu nasionalisme untuk memanggil mereka pulang tetapi harus disediakan faedah-faedah yang setaraf dengan apa yang mereka peroleh di luar," jelasnya.

Beliau seterusnya menyeru kerajaan agar tidak melupakan belia lepasan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Usuluddin atau Syariah.

www.utusan.com.my/

UMNO dahulukan rakyat

· 0 comments

24-10-10


NAJIB ketika memberi ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC semalam.

Audio Ucapan Penggulungan:
Bismillahirrahmanirahim

Sidang perwakilan, sidang pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Syukur Alhamdulillah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi taufik dan inayahnya kepada kita semua sehingga Perhimpunan Agung kali ke-61 ini dapat dirangkum dan disempurnakan dengan selamat sampai kepada penghujungnya.

Seperti mana yang saya sebut dalam ucapan dasar saya bahawa Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka ini dilangsungkan sebanyak 25 kali. Pada kali ini perhimpunan ini mencatat beberapa perkembangan yang amat signifikan lagi bersejarah.

Yang pertama ialah buat kali pertama dalam sejarah UMNO solat Jumaat telah diadakan di dalam bangunan UMNO sendiri. Moga-moga petanda ini akan membawa keberkatan yang berkekalan. Insya-Allah.

Dan saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha memberi kebenaran untuk solat Jumaat diadakan di dalam bangunan UMNO yang keramat lagi bersejarah ini.

Yang kedua ialah buat kali pertama sebelum perhimpunan ini diadakan satu forum antarabangsa yang bertajuk ‘Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’ yang melibatkan 400 peserta dari dalam dan luar negara. Sekaligus kita telah dapat mengetengahkan UMNO, usaha-usaha murni UMNO memimpin negara kita, memaju negara kita dan membawa perubahan yang besar kepada negara kita. Biar dunia lihat bahawa kejayaan ini kerana kemajuan UMNO selama ini.

Saudara saudari sekalian,

Pada awal ucapan, saya nak menyelesaikan urusan yang biasa saya buat pada penghujung ucapan saya. Saya ucap terima kasih pada Datuk Pengerusi Tetap Persidangan UMNO yang telah mempengerusikan persidangan ini dengan gayanya tersendiri dan amat menarik.

Dan saya nak mengesahkan, saya turun bawah tadi jumpa dengan reporter akhbar Cina, saya tanya, “Betul ke Pengerusi Tetap kita cakap bahasa Hokkien?”’ Dia kata betul. Walaupun bahasa Hokkien pasar tapi betul. Tahniah juga kepada Timbalan Pengerusi Tetap yang cekap membantunya.

Saya juga ucap terima kasih kepada urus setia ibu pejabat, Setiausaha Agung (Datuk Tengku Adnan Mansor). Terima kasih kepada Setiausaha Kerja yang sihat walafiat, tak berhenti bekerja. Dan kepada semua kakitangan ibu pejabat, semua pihak, media, segala-galanya yang telah membantu persidangan kita berjalan dengan baik.

Saudara saudari sekalian,

Saya berasa begitu terharu bahawa ucapan Presiden saya pada kali ini mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan para perwakilan.

Saya ucap terima kasih kepada Timbalan Presiden yang telah menyatakan bahawa ucapan itu ucapan yang tegas dan berani.

Ada dua reaksi yang agak menarik perhatian saya. Yang pertama bila saya sedang ambil gambar dengan Exco Wanita, ramai wanita yang kata, ‘‘Datuk, kami wanita puas dengar ucapan.’’ Dia punya puas panjang sikit. Puas....Ini isteri saya tak marah. Bab ini dia tak marah. Bab lain jangan cuba.

Yang kedua bila saya balik rumah, ada seorang teman lama dari Pahang tunggu tercegat di luar pagar rumah saya. Jadi saya gamit dia bila saya masuk. Saya kaji apa hajatnya. Tak ada. Dia kata selama ini dia bimbang masa depan anak cucu dia. Tapi bila dengar ucapan saya dia kata dia yakin masa depan anak cucu dia terbela.

Dan itulah sebenarnya hakikatnya bahawa peruntukan-peruntukan yang menyangkut tentang kepentingan orang Melayu, bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita. Yang tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan saya tak nampak Raja-Raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.

Namun ada juga pihak, inilah kata kumpulan yang sebelah sana, dia pakar pusing. Dia pusing bab itu, dia pusing. Orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dia kata kalau sudah terkunci, tersimpul mati, jadi tak perlulah UMNO berkuasa sebab orang Melayu kalau ada kuasa pun orang lain boleh pertahankan sebab sudah ada peruntukan dalam Perlembagaan.

Ini adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali. Ini kerana walhal peruntukan itu sudah terkunci kemas tapi kuasa politik perlu di dalam tangan UMNO untuk menterjemahkan prinsip semangat peruntukan Perlembagaan. Sebab itulah dalam ucapan saya, bab kedua ketiga penghujungnya sekali saya tutup ucapan saya dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan apa mesej itu.

Jangan sampai dia benak. Dia benak ataupun orang Negeri Sembilan kata bangang. Saya tanya isteri saya, bangang itu apa. Bangang itu paling teruk sekalilah ataupun dia faham sengaja tak nak buat faham. Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kenyataan untuk mengelirukan rakyat jelata. Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain boleh, nak kata dia boleh? Dulu sibuk dengan reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi. Saya tak sebut, dia tau, dia faham.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam perhimpunan ini, soal Perlembagaan tak usah bangkit pada sesiapa lagi, habis tutup cerita, kita mara ke depan. Orang putih kata let’s move on. Dalam perhimpunan ini saya lihat memang hasrat kita, hasrat saudara-saudara sekalian bahawa soal agenda Melayu, kedudukan bumiputera akan terus diperjuangkan oleh pimpinan UMNO dan kerajaan.

Saya nak beritahu bahawa hal ini memang akan terus diperjuangkan oleh kita. Malah dalam persidangan MCA baru-baru ini, bila saya rasmikan, sebelah saya semua pimpinan MCA. Apa saya kata? Saya kata sekiranya majoriti dalam sebuah negara itu memiliki sebahagian kecil daripada kekayaan, itu tidak adil dan tidak menyumbang kepada kestabilan politik tanah air kita.

Saya kata depan Presiden MCA, depan pimpinan MCA saya terangkan dengan jelas. Dalam UMNO, MCA dan MIC, dalam apa jua keadaan, kita mesti menegakkan keadilan sosial di dalam negara kita. Terima kasih perwakilan mengingatkan siapa pencetus Dasar Ekonomi Baru. Takkan saya, anakandanya, darah yang mengalir dalam badan saya, tidak akan meneruskan semangat dan prinsip perjuangan itu.

Dalam majlis ini, saya nak bagi tahu, bahawa hasrat saudara-saudara sekalian supaya kita tubuhkan apa yang dikatakan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera atau pun MTAB. Saya nak beritahu bahawa pada hakikat sebenarnya, Majlis Tertinggi mengangkat agenda bumiputera sudah pun diwujudkan oleh kerajaan. Malah mesyuarat pertama telah diadakan sebulan yang lalu. Saya jadi Pengerusi, Timbalan Perdana Menteri jadi Timbalan Pengerusi, menteri-menteri yang berkenaan menganggotai termasuk tiga-tiga Naib Presiden, hak Jawa, hak Turki, hak lanun, semua ada. Ketiga-tiga ini sekarang saya tak panggil nama dia. Saya panggil dia Jawa, Turki, lanun, biar lekat triple ini, semua ada.

Kami akan pastikan agenda bumiputera terus diperjuangkan. Malah ada satu perkembangan yang saya nak terangkan. Ini juga kaitan dengan program kita untuk menambah lagi penyertaan bumiputera yakni Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJJB) yang sekretariat dia bawah Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Saya nak beritahu bahawa pada tahun sudah dan tahun 2010, empat buah syarikat bumiputera yang market capitalisation berjumlah RM411 juta sudah pun disenaraikan di Bursa Saham. Syarikat-syarikat ini kami tak kenal siapa dia. Syarikat-syarikat ini diproses berdasarkan kepada kebolehannya untuk disenaraikan.

Tetapi untuk disenaraikan dia mesti ada rekod baik lima tahun keuntungan dan Suruhanjaya Sekuriti nak tengok dari segi keuntungan akan datang. Jadi, apa yang diperlukan oleh syarikat-syarikat bumiputera ini bantuan sedikit oleh kerajaan, dalam bahasa Inggeris disebutkan The Last Mile, ini penghujungnya. Jadi, kita bantu, bila kerajaan bantu penghujungnya syarikat-syarikat ini boleh disenaraikan di Bursa Saham dan tahun sudah RM411 juta.

Tahun akan datang insya-Allah 11 buah syarikat bumiputera dijangka disenaraikan dengan pasarannya hampir RM2 bilion. Memang seperti mana perwakilan kata, kita tak marah orang lain dapat keuntungan, kita tak marah orang lain kaya malah yang kaya itu pun kerana UMNO juga mereka kaya. Betul tak? Siapa bagi lesen beras? Siapa bagi lesen gula? Siapa bagi lesen IPP (projek loji tenaga bebas)? Siapa bagi lesen satelit? Tidakkah UMNO yang bagi. Kalau kita nak tolong bumiputera, jangan pula mereka marah kita nak tolong bumiputera, ini baru adil. Hak orang lain dapat dia senyap, hak kita nak bagi dia komplen, tak bolehlah macam itu, adilkah semua ini?

Ini yang kita hendak, itu satu 1Malaysia. Terima kasih semua kerana sudah terima 1Malaysia sekarang ini sampai ada seorang perwakilan pakai 1Malaysia dekat songkok dia, ada keluar dalam gambar, ini jelas.

Saudara-saudari sekalian,

Kita pun ada program lain macam Ekuinas. Kita sudah labur dalam tiga syarikat bumiputera dengan nilai sebanyak RM350 juta. Malah dalam

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk Ekuinas. Kalau ada syarikat bumiputera yang berpotensi jadi lebih besar, sampai ke peringkat persada antarabangsa, kita akan bantu Melayu Ekuinas. Ini supaya syarikat bumiputera bukanlah syarikat yang kecil, kerdil tapi syarikat besar bertaraf dunia global. Ini hasrat kita supaya Melayu berjaya, bumiputera berjaya di persada antarabangsa.

Kita tidak lupa. Bukan sahaja orang usahawan, bukan sahaja golongan korporat tetapi perjuangan kita bak kata pemimpin-pemimpin tadi berbentuk inklusif, keterangkuman. Jadi, hak yang bawah pun kita mesti jaga sebab itulah kita perkenalkan gaji minimum. Siapa untung? Yang pertama posmen dah untung. Posmen dahulu hampir dekat paras kemiskinan. Sekarang ini dapat RM1,300, RM1,400 sebulan. Perjuangan siapa? Perjuangan UMNO. Bukan orang lain, UMNO.

Siapa lagi? Imam masjid pun terkejut, tersentak, tidak terfikir-fikir boleh dapat RM750. Sebab itu ada imam yang dah letak jawatan hendak ambil semula itu. Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata ada, ada dia hendak minta balik jadi imam.

Siapa lagi? Guru-guru KAFA dapat, ketua kampung pun dapat, siapa ketua kampung? Separuh daripada ketua cawangan. Ketua Bahagian kena jaga ketua cawangan betul tak? Kalau tidak dia tidak sokong undi.

Mulai tahun depan siapa lagi, pengawal-pengawal keselamatan yang kebanyakannya bekas tentera, ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat gaji RM700 insya-Allah dapat RM1,000 ke atas. Ini perjuangan UMNO. Ini kena beritahu, jangan sebab nak bagi air 20 milimeter padu percuma, besarnya punya cerita. Macam wakil Pulau Pinang sebut nak bagi RM50 guru KAFA pun macam nak tenggelam Pulau Pinang punya ceritalah. Tapi kita mesti tahu, mesti beritahu, mesti uar-uarkan bahawa segala-galanya adalah kerana hasil perjuangan UMNOlah memungkinkan perkara ini jadi kenyataan, bukan orang lain.

Wakil Pemuda cadangkan supaya golongan muda yang baru keluar, baru nak kahwin, tak sabar nak kahwin tapi nak rumah (tetapi) tidak mampu, kerajaan telah isytiharkan bahawa kalau beli rumah bawah RM220,000 ke bawah tak payah bayar wang pendahuluan, dapat pinjaman 100 peratus.

Wakil Pemuda cadangkan supaya hak RM3,000 itu jangan kira pendapatan sekeluarga, tapi kalau seorang RM3,000 ke bawah pun tak apa. Boleh saya nak kata, saya setuju dengan syor Pemuda.

Inilah yang kita kata inklusif. Jangan jaga orang di atas sahaja, jaga di bawah, jangan main di atas sahaja, hak belakang pun jangan (Pengerusi Tetap mencelah), jangan itu, tak boleh lalu, tak boleh. Inilah yang kata UMNO ini keindahan. Cuma kita ini UMNO tidak pandai nak bawa cerita. Itu saja, tak pandai nak jual cerita, kurang sikit mahir, sebab apa? Kita ini mesti uar-uarkan di kampung, di bandar, di semua tempat, beritahu ini semua perjuangan UMNO. Bukan orang lain.

Saudara saudari sekalian,

Ramai yang sebut tentang transformasi UMNO. Jadi, saya nak sebut di sini bahawa model transformasi UMNO apa temanya. Saya fikir waktu persidangan ini, jurucakap, pensyarah semua saya menghayati hujah-hujah mereka. Saya tilik-tilik dan saya rasakan bahawa tema yang sesuai model transformasi UMNO ialah ‘UMNO Dahulukan Rakyat’. Ini dia. Jadi sebenarnya, proses transformasi ini dah mula. Dia mula seperti yang Datuk Hishammuddin (Hussein) kata tadi dari waktu kita meminda Perlembagaan pada tahun sudah. Kita tidak tahu sangat signifikannya. Tapi dalam sejarah UMNO, ada tiga peristiwa yang sangat besar ertinya iaitu penubuhan UMNO, UMNO diharamkan dan pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun sudah. Ini tiga. Sebab apa? (Kerana) ia menukar sama sekali asas pemilihan, proses menentukan pemilihan UMNO yang lebih demokratik dan lebih inklusif termasuk jawatan Presiden UMNO pun. Nasib Presiden UMNO di tangan 140,000 perwakilan tidak boleh bersandar lagi kepada kuota. Dulu ada kuota. Ada 58 bahagian mencalonkan baru layak lawan Presiden. Tuan-tuan ingat senang dapat 58 bahagian. Berani 58 bahagian calon orang lain lawan Presiden? Tak ada, tak jadi. Saya betul-betul menyerah nasib saya, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), naib-naib Presiden pada saudara-saudara sekalian.

Untuk menentukan ini, kita kembalikan kepercayaan kepada ahli supaya ahli akan menentukan dia boleh buat kerja atau tidak boleh buat kerja. Kalau tidak boleh buat kerja, dia akan hantar signal. Kami tidak mahu terus berkuasa tanpa dilihat, dinilai sebagai pemimpin yang boleh berjasa dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

Saya nak sebut sekali lagi, empat tonggak utama kemenangan kita. Satu, kepimpinan Barisan Nasional dengan dasarnya dan hala tujunya mesti diterima rakyat. Kedua, kepimpinan di peringkat negeri pun penting juga. Ketiga ialah parti sama ada parti kita dalam keadaan disenangi, diterima oleh rakyat. Keempat ialah calon, saya kata minta ‘winable candidate’. Empat ini mesti. Ingat, kalau keempat-empat ini jadi positif macam bah besar di Pekan, Pahang. Tuan-tuan dan puan-puan tahu bila bah besar di Pekan, Pahang? Tahu? Tak tahu? Ia jadi besar bila air turun dari hulu bertembung dengan laut air pasang, ia jadi limpahan banjir besar. Kalau kita nak menang besar, keempat-empat ini mesti menjurus kepada yang positif, baru kita menang besar macam bah besar di Pekan. Saya tahulah, saya ahli Parlimen Pekan.

Air naik berapa kaki? (Pengerusi Tetap mencelah): Naik tinggi...(ketawa) banyak kaki... Datuk. Belah Yan (Kedah) dulu, air naik empat kaki saja. Pahang lagi besar.

Jadi, kita mesti lihat dan saya cuba fikir apa dia elemen-elemen model transformasi. Saya tak nak kata ini Presiden punya idea atau Timbalan Presiden sama dengan Presiden punya idea.

Jadi kita mesti lihat dan saya cuba fikir apa agaknya elemen-elemen model transformasi. Saya tak nak kata ini Presiden punya idea atau Timbalan Presiden sama dengan Presiden punya idea.

Saya nak cantumkan, adunkan dengan perwakilan kerana kawan saya wakil Melaka kata, percayalah kepada kami. Betul tak? Betul.

Saya nak percaya pada perwakilan dan ahli UMNO. Saya nak gariskan berdasarkan pada intipati ucapan saudara-saudari dalam perhimpunan ini.

Yang pertama, nilai elemen yang pertama ialah tentukan bahawa maruah parti, kepentingan parti lebih besar, lebih tinggi daripada maruah kepentingan diri.

Wakil Kelantan contohnya katanya Tok Pa (Mustapa Mohamed) Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan, tapi bila kita ambil keputusan lantik Tengku Razaleigh sebagai pengarah Pilihan Raya DUN Galas, Tok Pa jadi timbalan kepada Tengku Razaleigh, kerana apa? Kerana dia nak menang.

Maknanya bukan soal maruah diri. Bukan soal status diri, bukan soal kepentingan diri tapi diutamakan parti mesti menang.

Nilai elemen kedua, saya ambil wakil dari Sabah, sahabat saya juga. Dia kata bahawa dalam parti ini yang penting bukan kumpulan tapi pasukan. Banyak beza kumpulan dan ‘team’. Makna bila ada team adalah pemain, posisi kita tahulah, bola sepakkan. Semua orang tahu macam mana kita nak menang dalam bola sepak, cuma pasukan kita tak boleh nak menang. Itu saja.

Maknanya kita mesti ada penyerang, menyerang. Jangan sumbat gol sendiri. Ada orang dia ‘score’ gol sendiri. Pilihan raya (umum) ada, pilihan raya kecil ada. Ada setiausaha bahagian, pilihan raya tak jadi calon pukul 10 malam dah tidur. Ada yang tak ada di kawasan pun ada. Betul tak? Betul. Tak jadi calon tak nampak muka. Langsung tak nampak. Cari, hilang. Ada yang sponsor pergi Medan.

Itulah kata ada yang bentes kaki. Orang Kelantan kata ‘cah keting’. Kalau tidak kita menang di Manek Urai. Belum masuk bab Datuk Seri Shafie (Apdal) kata banyak yang tak daftar. Yang tak daftar inilah bentes kaki, cah keting. Yang hilangkan diri, yang merajuk semua ada. Sebab itulah kita belum ada lagi aspek ‘esprit de corps’ yang kuat. Dalam transformasi model ini kita mesti memperkukuhkan ‘esprit de corps’ dalam parti kita di semua peringkat.

Janganlah kalau kerja dalam kumpulan kalau tidak ikut rentak, geng atau ‘clique’ kita, kita nak cantas dia. Walhal dia boleh buat sumbangan pada parti, betul tak? Ini jadi perangai kita. Jadi transformasi model politik jangan pakai lagi perangai macam ini.

Yang ketiga, saya ambil daripada perwakilan juga. Memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat. Sebab itu kita buat program Juara Rakyat. Kita nak bersifat inklusif. Juara rakyat jangan kita sama kita geng kita. Ada satu bahagian buat kejohanan boling sesama dia. Tak jadi juara rakyatlah. Jadi juara boling saja. Tapi claim pada UMNO. Jadi macam mana rakyat?

Kita mesti macam perwakilan kata jangan menunjuk-nunjuk. Dia kata jangan nak buat sekelip mata tukar rumah besar, kereta besar, cuma isteri tak nak besar. Ini perwakilan cakap. Bukan saya cakap. Jadi inilah yang mesti kita buat. Biar rakyat pandang dia suka tengok pemimpin UMNO. Kita dapat memenangi hati dan pemikiran rakyat.

Keempat, zaman ini zaman moden. Kita mesti jadi juara dalam media baru juga. Jangan puak-puak sana saja. Kita mesti ada facebook. Mesti ada Twitter. Macam-macam mesti buat. Sebab itu saya kata kerajaan Melaka tumbang pada Portugis kenapa? Kerana dia dengan dia punya tombak, keris dan kapak. Portugis dengan meriam, senapang. Kalahlah kita.

Zaman sekarang ini kita pakai facebook sebagai social network. Kita mesti jadi juara social network.

Saya pun cubalah walaupun tak mahir sangat. Alhamdulillah facebook saya sudah setengah juta. Tun Dr. Mahathir (Mohamad) yang veteran pun dah mahir blog, facebook. Dia buat transformasi juga.

Yang kelima, orang muda. Empat juta pengundi baru. Yang lama dah masuk dalam kotak, dalam bakul UMNO, bakul Pas atau bakul apa. Yang baru empat juta ini mesti jadi sasaran kepada UMNO menjurus kepada PRU-13. Itulah kita hendak. Bila Ketua Pemuda cadang buat think tank, saya setuju dan kita bantu.

Yang keenam, UMNO mesti menuju sifar masalah. Ada masalah lagi? Ada. Dalam perhimpunan ini pun ada. Ramai. Ada juga bahagian yang datang jumpa saya sebab masalah bahagian. Sebab apa? Sebab ada dua kumpulan. Bahagian yang boleh kita menang. Kerusi yang boleh kita menang. Tapi kita kalah. Sebab apa? Sebab UMNO tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman di peringkat bahagian itu. Jadi, saya mintalah kita semua bantu cari penyelesaian. Yang kaki hantuk, kaki batu ‘ronson’, jawatankuasa mandi, tak usah buat kerja ini.

Dan yang ketujuh, UMNO mesti dahulukan rakyat, saya sebut tadi. Ini penting sangat, dahulukan rakyat. Tengoklah, kalau kita buat apa-apa bantuan, nak bagi saham Felcra di bahagian ini pun tengoklah, jangan bagi anak saudara kita.

Anak saudara kita yang dah jadi peguam nak saham Felcra, nak buat apa? Bagi kepada orang yang memerlukan bantuan, biar UMNO dilihat parti yang adil dan inklusif, dahulukan rakyat, rakyat sentrik. Insya-Allah, UMNO akan berjaya kalau kita letakkan rakyat yang kita dahulukan rakyat sepanjang masa.

Saudara-saudari sekalian,

Saya dah cuba gariskan bahawa transformasi politik amat perlu kita lakukan. Mulai tahun hadapan, saya ambil keputusan, sama-sama dengan Timbalan Presiden, kami akan turun ke negeri-negeri. Kami akan berjumpa dengan UMNO dan rakyat. Saya hendak UMNO sediakan yang sebaik-baiknya. Sediakan untuk lawatan kami berdua supaya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Boleh ke tidak? Balik ini buat persiapan. Kita nak tengok persiapan yang diberi. Saya nak belek, saya nak tilik, saya nak tengok.

Saya nak beritahu bahawa dalam masa yang terdekat ini, saya akan buat perubahan kepada kepimpinan UMNO di peringkat tertentu. Mula dengan susunan yang akan datang ini, akan lengkaplah persediaan kita. Saya akan runding dengan Timbalan Presiden, runding dengan Jawa, Turki, lanun apa formula yang sebaik-baiknya. Saya nak kita bekerja kuat, sebab orang Melayu dan negara tak boleh harap pada orang lain melainkan UMNO sahaja. Jadi, kita turun padang dan sentiasa berada atas padang.

Jadi rajin, jangan malas,

Boleh menang kita di Galas.

Jangan jadi batu api,

Boleh menang di Batu Sapi.

Bersusah-susah mendaki bukit,

Tanah yang kontang digali lembah,

Walau berkecai bumi di langit,

Hak Melayu takkan dirubah.

Nyiur gading puncak mahligai,

Ketupat pulut berisi inti,

Biar bergoncang dihentam badai,

Bahtera UMNO tak kan berhenti.

Demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

www.utusan.com.my/

· 0 comments

24-10-10

UCAPAN YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK SELAKU PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC

“MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN”


Najib Tun Razak berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Bismillahirrahmanirrahim
Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Ali,

YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne Abdullah,

Naib Presiden-Naib Presiden,

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL,

Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan,

Para Perwakilan dan Pemerhati,
MUKADDIMAH

Meng-awali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 143,berbunyi:

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu”.

Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu”.

Saudara dan Saudari sekalian,

1.Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.

2.Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.

3.Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.

4.Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.

TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA

Saudara dan Saudari sekalian,

5.Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah, semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.

6.Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

7.Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato’ Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.
Kendatipun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun:

Hidup sebumbung, di bawah teratak,
Berlain bantal, satu hati,
Bercerai kasih, bertalak tidak,
Ibarat rambut, bersimpul mati.

8.Di sudut lain, sekalipun idea Dato’ Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.

9.Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisma politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.

10.Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.

Saudara dan Saudari,

11.Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dah pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.

12.Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

13.Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.

14.Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk “Malaysia; Melangkah ke Hadapan” yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.

15.Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.

16.Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.

17.Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Saudara dan Saudari,

18.Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.

19.Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.

20.Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.

Saudara dan Saudari,

21.Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.

22.Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

23.Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.

Saudara dan Saudari,

24.Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato’ Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.

25.Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.

KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

26.Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan "adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan".

27.Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.

28.Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.

29.Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.

30.Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.

Saudara dan Saudari sekalian,

31.Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.

Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.


Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:

Melayu itu, kaya falsafahnya
Melayu itu, orang yang bijaksana
Akal budi bersulamkan daya

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,

Saudara dan Saudari,

Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muallaf bertakrif Melayu

Mendakap realiti semasa Malaysia pula:

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun,

Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung
Syarak dipakai adat dijunjung

Hidupnya mengabdi kepada rakyat
Taat setia membela umat

Akhirnya, disimpulkan Melayu itu:

Dijadikan induk kuat berdiri
Umat sentosa bertuahlah negeri.

Saudara dan Saudari sekalian,

32.Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.

33.Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

34.Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.

35.Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
KEPIMPINAN UMNO – SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM

Saudara dan Saudari sekalian,

36.Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.

37.Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.

38.Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.

39.Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.

40.Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.

Saudara dan Saudari sekalian,

41.Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.

42.Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

43.Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44.Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

45.Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.

Saudara dan Saudari sekalian,

46.Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.

Saudara dan Saudari sekalian,

47.Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.

48.Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

49.Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama. Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.

50.Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.

51.Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

52.Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.

53.Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.

54.Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.

Saudara dan Saudari sekalian,

55.Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.

56.Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

57.Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

58.Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.

59.Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata laim, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

60.Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan “primordial instinct” atau naluri asal wujud antara etnik.

61.Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.

62.Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

63.Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

Saudara dan Saudari sekalian,

64.Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.

65.Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.

66.Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.

GERAK KERJA UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

67.Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.

68.Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.

69.Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.

70.Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.

Saudara dan Saudari sekalian,

71.Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.

72.Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.

73.Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu...... seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu...... seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu...... mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

74.Justeru, saya sebagai Presiden UMNO...... tidak mahu..... menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.

75.Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.

Saudara dan Saudari sekalian,

76.Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.

77.Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.

78.Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya..... tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya.... bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.

79.Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

Saudara dan Saudari sekalian,

80.Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.

81.UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.

82.Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.

83.Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.

PENUTUP

Saudara dan Saudari sekalian,

84.UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.

85.Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.

86.Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.

87.Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.


Saudara dan Saudari,

88.Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.

89.Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

90.Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.

91.Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.

92.Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?

Sesungguhnya,

93.Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

94.Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

95.Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

www.utusan.com.my/